Wednesday, 2 May 2018

Coretan mengenai Ilmu Kejuruteraan Mekanikal

Apabila kita bercakap tentang Sains dan Kejuruteraan,, kedua-duanya ibarat adik beradik yang tak dapat dipisahkan. Kejuruteraan itu lahir daripada ilmu Sains dan begitu juga Sains berada di dalam ilmu Kejuruteraan. Cuma ilmu Kejuruteraan itu sendiri wujud daripada bercapahan yang lebih mendalam di dalam ilmu Fizik itu sendiri di mana ilmu Kejuruteraan itu hanya dipelajari oleh orang-orang yang diberi peluang untuk  yakni mendalaminya.. Maksud saya setiap orang diberi peluang yang tersendiri dalam setiap bidang yang dipelajarinya sewaktu lepas habis pelajaran SPM mengikut kelayakan yang dimiliki individu tersebut. Ada yang diberi peluang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Fiqh Siasah, Sastera Sains Sosial, Ekologi, Pengajian Melayu dan berbagai lagi aliran yang tidak kurang hebatnya di Universiti.

Dan bagi saya, saya diberi tawaran untuk belajar ilmu Kejuruteraan Mekanikal CAD/CAM di Universiti Malaya selepas saya tamat belajar pada peringkat Matrikulasi. Dengan hanya berbekalkan pointer sebanyak 3.** maka saya menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka. Itulah bermulanya 'round-about' atau pusingan U-turn dalam hidup saya memandangkan saya ingatkan saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang 'keagamaan',, tetapi saya yakin dan percaya ALLAH punya perancangan jauh lebih baik daripada perancangan manusia itu sendiri.. Dan saya pada waktu itu sangat2 bersyukur dapat keputusan sambung belajar dalam bidang ini dan saya yakin saya dapat membawanya yakni belajar dan skor dengan baik, memandangkan saya minat dalam bidang Designing Mechanics. Mulanya saya agak ragu-ragu apakah jenis Perancangan Akademik yang akan dibawa, tetapi setelah mempelajari dan melaluinya maka saya Yakin, Ilmu Mekanikal ini memang untuk saya!! AlhamduLILLAH Ya ALLAH atas kurniaan ini...

Kejuruteraan Mekanikal ini sangat luas dan juga mempunyai percapahan yang juga berada di bawah sub-sub cambah menjadi anak2 di bawah alirannya seperti CAD/CAM, Manufacturing dan Bahan. Semuanya di bawah satu induk yang bakal memfokuskan satu cabang ilmu iaitu Mekanikal.

Bagi sesetengah pemikiran, Wanita sememangnya amat kurang dalam cabang ilmu ini memandangkan kaum Adam memonopoli kerusi2 atau bidang yang dianggap mencabar ini. Ini kerana 'competitiveness' itu sentiasa ada dalam kalangan lelaki mahupun wanita untuk mencapai tahap pemikiran 90 peratus darjah kesukaran untuk pemahaman mendalam dalam segala teori mekanik dan juga tahap kudrat yang tinggi untuk pengendalian mesin2 terutamanya.

Ini merupakan sedikit sebanyak opinion saya berkaitan bidang Kejuruteraan Mekanikal yang saya ceburi. Sekian, Selamat Malam.

WALLAHualam.. Assalamualaikum

Tafsir Al-Quran m/s 27

m/s 27 177. Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebjikan itu ialah berimannya seseor...