ANTROPOMETRI
ungkap secara kuantitatif dimensi tubuh manusia. Antropometri berasal daripada perkataan Inggeris anthropometry yang (bermaksud manusia) dan metrikos (bermaksud pengukuran). Oleh itu, antopometri membawa maksud pengukuran saiz fizikal tubuh manusia.
Antropometri merupakan satu bidang ergonomik reka bentuk dengan data-data
berangka ukuran fizikal tubuh manusia yang diperlukan untuk mereka bentuk peralatan, stesen kerja dan sebagainya yang akan menjadi lebih mudah, cekap dan selamat digunakan oleh manusia. Selain itu, antropometri sangat berguna dalam banyak disiplin seperti pediatrik, orthopedik, latihan jasmani, keJuruteraan tubuh manusia, sains sukan dan sebagainya.
Antropometri kejuruteraan melibatkan penggunaan kaedah pengukuran fizikal saintifik tubuh manusia untuk digunakan dalam perkembangan piawai reka bentuk kejuruteraan kerana ukuran tubuh pengguna merupakan satu daripada faktor yang sangat penting dalam reka bentuk. Ia meliputi pengukuran statik dan berfungsi bagi ukuran fizikal tubuh. Ukuran tubuh statik (berstruktur) diambil daripada tubuh subjek dalam kedudukan tidak bergerak (statik) sementara ukuran tubuh berfungsi atau dinamik diambil danpada tubuh yang terlibat dengan pergerakan menurut kehendak tugas yang berkaitan.
Nilai purata bagi sesuatu kumpulan data boleh ditentukan dan diambil sebagai 'wakiľ kepada sekumpulan data tertentu. Dalam bidang ergonomik, 'orang purata' tidak wujud dan sebarang penggunaannya dalam reka bentuk merupakan satu kesilapan yang besar. Hakikatnya tiada seorang pun yang boleh dikira purata dalam semua aspek kecuall segelintir kecil orang sahaja yang mempunyai purata dalam beberapa aspek. Sebagai alternatif'orang purata', satu jadual data antropometrik diperkenalkan untuk maklumat ukuran tubuh manusła dalam Julat penggunaan yang luas, yang boleh memenuhi sekurang-kurangnya pengguna walaupun terpaksa mengabałkan bilangan peraîus yang kecil.
Data antropometn biasanya ditunjukkan dalam "persentll" dengan memberikan ukuran i], ii, 95% il serta sisłhan pławai. Oleh sebab data antropometn bertabur secara normal, maka min adalah sama dengan il dan sisihan piawai merupakan darjah perubahan satu set nilai di sekitar min. Bagi ukuran 'kelegaan', 95% il boleh dłpakai manakala 5ąŕ il boleh digunakan untuk ukuran 'Jangkauan'. boleh digunakan untuk sebuah Pintu (1, 2 dan 3) untulț pengguna (A, B dan C). Manusia A, B dan C masing.mnsing mompunyai ketinggian 120 cm, 150 cm dan 180 cm. Ukuran puratn bagi ketigatiga orang tersebut ialah 150 cm. Reka bentuk Pintu I, 2 dan 3 pula mempunyai ketinggian masing-masing 120 cm, 150 cm dan 180 cm. I)engan ukuran tinggi Pintu 120 cm hanya manusia A boleh mcnggunakannya. Jika ukuran tinggi Pintu 150 cm, manusia A dan B sahaja boleh menggunakannya. Kelebihan Pintu C dengan ukuran 180 cm ialah kegemua orang A, B dan C boleh menggunakan Pintu tersebut. Oleh itu, ukuran tertinggi (C) membolehkan lebih ramai orang (biaganya 95%) menggunakan Pintu dengan ukuran tersebut.
Dalam penganggaran data antropometri, kriteria yang mesti dipertimbangkan ialah penentuan teknik mengukur dan piawaiannya supaya data-data daripada kumpulan yang berlainan dapat dibandingkan. Kurnpulan subjek dlkira sebagai wakil pada sekurnpulan pengguna. Pertirnbangan mengarnbil kira faktor geografi, status sosio-ekonomi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan dan sebagainya. Saiz bilangan subJek sepatutnya mencukupi untuk menghasilkan kebolehyakinan statistikal yang diperlukan dalam penggunaan data.
Data antropometri boleh dlkurnpul dengan mudah tetapi memerlukan kos yang tinggł dan masa yang Iarna kerana subJek yang ramai diperlukan. Sepatutnya data diambil daripada subjek yang t)dak berkasut dan udak berpakaian untuk mendapatkan ukuran yang tepat.
Ciri.ciri ukuran tubuh manusia membawa kesan kepada reka bentuk barangan keîuaran negara tersebuv Contohnya, kenderaan yang dlkeluarkan oleh pembuat kereta Volvo di negara Sweden, mernpuoyai ukuran yang besar sesuai untuk orang Sweden yang lebih besar ukurannya berbanding orang Malaysia.
Ramalan secara rawak mengandaikan bahawa orang yang mempunyai pendapatan tinggi dan gaya hidup yang mewah biasanya mempunyai ukuran tubuh yang besar tetapi kurang stamina berbanding orang yang berpendapatan rendah kerana perbezaan pemakanannya yang selalu berzat dan berlemak. Sebaliknya orang yang berpendapatan rendah mempunyai tubuh yang lebih kecil tetapi lebih berstamina. Walau bagaimanapun, hipotesis di atas perlu pengesahan kajian. Daripada pemerhatian juga, orang Jepun mempunyai ukuran yang kecil pada masa lampau. Namun, ukuran tubuh mereka sekarang jelas lebih besar jika dibandingkan dengan ukuran mereka dahulu. Kemungkinan pemakanan mereka telah berubah dan secara langsung memberi kesan kepada ukuran tubuh mereka amnya. Oleh sebab data antropometri tidak diwujudkan bagi orang Malaysia, perubahan dengan masa bagi ukuran tubuh penduduk tidak dapat dikesan sepenuhnya.
BIBLIOGRAFI Galer,1.A.R., 1987.ErgonomicHandbook. London: Taylor and Francis • McCormick, E. J. dan Sanders, M. S. , 1983. Human Factors in Engineering and Design. Edisi ke-5. New York: McGraw-Hill • Kroemer, K., Kroemer, ll., dan Kroemer-Elbert, K. , 1993. Ergonomics How to Design for Ease and Efficiency. Englewood Cliffs: Prentice-Halle
Mat Rebi Abdul Rani