Monday, 20 January 2025

Tafsir Al-Quran m/s 27

m/s 27

177. Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebjikan itu ialah berimannya seseorang kepada ALLAH, Hari Akhirat, segala malaikat, segala Kitab dan sekalian Nabi; dan mendermakan hartanya seddang ia menyayanginya, -kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, kepada orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mendirikan Solat serta mengeluarkan Zakat; dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang Sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam peperangan. Orang yang demikian sifatnya, mereka itulah orang yang Benar (Beriman dan mengerjakan Kebajikan) dan mereka itulah juga orang yang BerTaqwa.
178. Wahai orang yang BerIMAN! Diwajibkan kamu menjalankan hukum "Qisas" (Balasan yang seimbang) dalam perkara yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan daripada saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang (yang mengampunkan itu) mengikuti dengan cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan daripada Tuhan kamu serta suatu Rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) makja baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
179. Dan di dalam hukum Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang yang berakal fikiran,supaya kamu berTaqwa.
180. Kamu diwajibkan apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebgai suatu kewajipan atas orang yang berTaqwa.
181. Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang yang mengubahnya; sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui.



Tafsir Al-Quran m/s 27

m/s 27 177. Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebjikan itu ialah berimannya seseor...