Daya tegak ke atas yang dikenakan oleh udara kepada sesuatu jasad yang berada di udara.Daya ini cuba mengampu atau menahan jasad tersebut daripada jatuh ke bumi. Keadaan jasad di dalam udara bergantung terus pada nilai daya ampu yang dikenakan oleh udara ke atasnya. Daya ampu ini dikenali sebagai ampudara. Jika ampudara ini lebih besar daripada berat jasad, tersebut akan terapung dan naik ke atas. Sebaliknya jika ampudara ini lebih kecil daripada berat jasad, maka jasad akan jatuh ke bumi. Seterusnya, jika ampudara sama besar nilainya dengan baerat jasad maka jasad tersebut akan terapung-apung di udara. Kadar naik atau turunnya jasad ke bumi bergantung pada besar kecilnya perbezaan ampudara dengan berat jasad tersebut. Jika perbezaanya besar, maka turun naiknya jasad akan laju dan keadaan sebaliknya berlaku jika perbezaanya kecil.
Ampudara ini telah banyak dieksploit dan dinikmati oleh manusia sejak zaman manusia cuba menakluki ruang udara sehingga kini. Antara penggunaanya ialah payung terjun, pelancur gantung, belon udara panas, pesawat layar dan kapal udara. Payung terjun akan turun perlahan-lahan ke bumi, peluncur udara dan pesawat layar pula akan berlegar ke udara dengan lebih lama sementara belon panas dan kapal udara berupaya naik dan terapung di udara serta turun ke bumi dengan mudah.Dalam perjalanan turun ke bumi, ampudara bertindak sebagai daya perintang atau brek yang dapat memperlahankan perjalanan tersebut.Ampudara ini juga bertindak sebagai daya penolak bagi menggerakkan jasad naik ke udara.
Nilai maksimum tekanan atmosfera ialah 1.01 X 10^5 N/m^2 iaitu pada aras laut dengan suhu 150C. Kuantiti sebesar ini adlah terlalu kecil untuk menghasilkan ampudara yang berkesan untuk mengapungkan atau menaikkan sesuatu jasad berat juga tidak mungkin dapat menghasilkan ampudara yang mampu bertindak sebagai brek yang berkesan bagi perjalanan jasad tersebut turun ke bumi. Nilai sebesar ini hanya mampu untuk mengapung atau memperlahankan perjalanan turun ke bumi bagi benda ringan seperti habuk, bulu ayam, dan kertas nipis. Untuk menghasilkan ampudara yang besar dan berkesan adalah dengan memperbesarkan luas satah-pelan jasad tersebut.
F = P X A

No comments:
Post a Comment