Bahan yang terdiri daripada gentian halus yang hampir tidak boleh dimusnahkan, tahan haba,tahan api dan tidak bergerak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Perkataan asbestos berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak boleh terbakar. Asbestos digunakan sebagai agen penguat untuk barangan tertentu seperti plastik dan simen. Krisotil, krosidolit, amisit, antofilit bergantian, tremolit,dan aktinolit adalah beberapa jenis asbestos.Asbestos yang terdapat di pasaran berbntuk kepingan, benang, tenunan, dan kertas.
Asbestos digunakan sebagai bahan mentah untuk barangan keperluan pengguna seperti pelapik brek kenderaan, rod kimpalan, dan bahan penebat. Gentian yang panjang dijadikan yan dan ditenun menjadi kain. Pelapik brek, gasket, dan bahan penebat elektrik dan pakaian perlindungan adalah antara contoh kegunaan gentian yang panjang. Gentian yang sederhana panjangnya dan gentian yang pendek digunakan membuat atap asbestos, kepingan paip simen asbestos, bahan untuk siling, lantai dan sebagai perekat untuk bahan penebat haba yang lain. Industri pembinaan menggunakan hampir dua per tiga daripada pengeluaran asbstos dunia. Asbestos berupaya memberi daya ketahanan terhadap alam sekitar apabila dicampurkan ke dalam matriks simen atau plastik.
Gentian yang boleh dilihat dengan mata kasar sebenarnya tridiri daripada beribu ribu gentian yang lebih kecil yang dinamai fibril. Terdapat satu juta fibril bagi jarak sepanjang 25.4 mm atau satu inci. Fibril asbestos sangt halus dan tidak dapat dilihat menggunakan mikroskop yang biasa digunakan di makmal. Fibril ini hanya boleh dikesan menggunakan mikrokop elektron imbasan. Apabila debu asbestos terlepas ke udara, ia akan sentiasa terapung dan tidak akan jatuh ke bawah. Gentian pendek yang berukuran kurang daripada satu atau dua mikron dianggap kurang berbahaya. Gentian yang paling berbahaya adalah berukuran 5-100 mikron panjang dan diameter 1.5-2 mikron.
Asbestos masih banyak digunakan secara meluas kerana kekuatannya. Sehingga kini, belum ada satu bahanpun yang dapat menggantikan asbestos dari segi kekuatan, kos dan sifat semulajadinya yang lain.
Asbstos diperoleh dengan cara melombong secara terbuka atau melombong bawah tanah. Proses mengisar asbestos melibatkan pemisahan gantian gentian daripada batu batan dan pengelasan gentian berdasarkan panjangnya. Negara pengeluar utama asbestos ialah Kanada, Rusia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Brazil, Jepun, Australia, China dan Bolivia.
Asbetos sangat berbahaya kepada kesihatan jika disedut semasa bernafas. Debu daripada asbestos dikelaskan sebagai karsinogenik iaitu boleh membawa barah paru paru akibat debu yang disedut menjalar ke dalam paru paru. Ia juga boleh menyebabkan mesotelioma iaitu sejenis barah dalam selaput dada dan abdomen, barah pada slauran pernafasan di dalam paru paru, barah usus kecil, barah usus besar, dan juga barah rektum. Satu lagi jenis penyakit yng disebabkan oleh asbestos dikenali sebagai asbestosis. Asbestosis menyebabkan wujud lapisan di dalam saluran pernafasan yang akan mengurangkan keupayaan untuk bernafas. Paru paru akan menjadi keras dan berparut. Kesan lain ialah hujung jari yang membengkok, jantung membesar, dan kegagalan fungsi jantung.
Sehingga kini, masih tiada kaedah rawatan yang boleh mengubati penyakit yang disebabkan oleh asbestos. Kesan penyakit daripada asbestos tidak boleh dilihat dengan serta merta. Diagnosis hanya boleh dilihat dalam tempoh 15 tahun hingga 20 tahun untuk asbestosis, sehingga 40 ahun untuk barah paru paru, dan antara 10 tahun hingga 50 tahun untuk mesotelioma. Walaupun pesakit tidak lagi terdedah kepadanya secara berterusan, penyakit ini akan terus merebak malah memenuhi semua tisu di dalam paru paru pesakit.
Berikutan bahaya ancaman pendedahan asbestos kepada manusia, Mlaysia mempunyai peraturan bagi mengawal penggunaan dan pemprosesan asbestos. Peraturan ini adalah sebahagian daripada Akta Kilang dan Jentera 1967 ang menyediakan garis panduan cara mengendalikan garis panduan cara mengendalikan proses asbestos dan kaedah mematuhi peraturan ini. Peraturan proses asbestos mula berkuat kuasa pada 1 September 1986. Gentian asbestos bermaksud gentian yang panjangnya melebihi lima mikrometer dan kurang daripada tiga mikrometer lebar. Nisbah panjang kepada lebar mestilah tidk lebar mestilah tidak lebih daripada 3:1. Peraturan ini berkuatkuasa ke atas semua kilang pengguna asbestos tetapi tidak kepada operasi bangunan atau kerja kerja kejuruteraan binaan. Had Pendedahan Dibenarkan (PEL- Permissible Exposure Limit) untuk lapan jam bekerja adalah tidak melebihi satu gentian per mililiter udara.
Alat penyedut mesti disediakan dan beroperasi mengikut piawai yang telah ditetapkan. Alat pengumpul debu mesti berupaya mengelakkan sebarang debu asbestos terbebas ke udara. Majikan mestilah membekalkan pekerja dengan pakaian perlindungan dan alat perlindungan pernafasan yang sesuai. Kesemua alat, radas dan mesin mestilah bersih daripada sebarang debu asbestos yang mungkin terkumpul. Kerja pengendalian asbestos mestilah di dalam ruang ang tertutup. Majikan diwajibkan memberikan latihan dan maklumat kepada pekerja mengenai bahaya dan cara untuk mencegah asbestos dari terbebas ke udara.
BIBLIOGRAFI Delaine, J., 1988. Asbestos: Removal, Management and Control. Aldershot, Eng: Gower Technical.
No comments:
Post a Comment