TAFSIR AL QURAN
m/s 5
[2:25] Ganjaran Bagi Orang BerIMAN
25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang berIMAN dan berbuat baik, maka bagi mereka disediakan Syurga-Syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dalam Syurga-Syurga itu, mereka mengatakan: “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.” Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.
[2:26-27] Perumpamaan-Perumpamaan Dalam Al-Quran dan Hikmah-Hikmahnya
26. Sesungguhnya ALLAH segan atau malu untuk membuat perumpamaan berupa nyamuk atau lebih rendah daripada itu. Adapun orang yang berIMAN, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar daripada TUHAN mereka tetapi bagi mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud ALLAH menjadikan ini untuk perumpamaan?” Dengan perumpamaan itu, ramai orang yang disesatkan ALLAH dan dengan perumpamaan itu (pula) ramai orang yang diberiNYA petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan ALLAH kecuali orang yang fasik.
27. (Iaitu) orang yang melanggar perjanjian (dengan) ALLAH sesudah perjanjian itu teguh dan memutuskan apa yang diperintahkan ALLAH (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di bumi. Mereka itulah yang rugi.
[2:28-29] Bukti-Bukti Kekuasaan ALLAH Subhanahu Wata’ala.
28. Bagaimana kamu kafir kepada ALLAH? Padahal kamu sebelum ini mati, lalu ALLAH menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkanNYA kembali, kemudian kepadaNYAlah kamu dikembalikan.
29. Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, kemudian ia menuju dengan kehendakNYA ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; lalu DIA Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
m/s 6
[2:30-37] Penciptaan Manusia dan Penguasaannya Di Bumi
30. Ingatlah ketika Tuhamu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
31. Dan DIA mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya , kemudian mengemukakannya kepada para malaikat , lalu berfirman: “Sebutkanlah kepadaKU nama benda-benda itu jika kamu orang yang benar!”
32. Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
33. ALLAH Berfirman: “ Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama benda-benda ini!” Maka setelah diberitahu kepada mereka nama benda-benda itu, ALLAH Berfirman: “Bukankah sudah AKU katakan kepadamu bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.”
34. Dan (ingatlah) ketika kami Berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia enggan dan takbur dan dia termasuk golongan orang yang kafir.
35. Dan Kami Berfirman: “ Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di Syurga ini di Syurga ini dan makanlah makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kmu sukai dan janganlah kamu mendekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim.
36. Lalu keduanya digelincirkan (diperdaya) oleh syaitan dari Syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan yang mereka baerada dan Kami Berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan.”
37. Kemudian Adam menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka ALLAH menerima taubatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment