Saturday, 17 June 2023

ASBESTOS

 Bahan yang terdiri daripada gentian halus yang hampir tidak boleh dimusnahkan, tahan haba,tahan api dan tidak bergerak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Perkataan asbestos berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak boleh terbakar. Asbestos digunakan sebagai agen penguat untuk barangan tertentu seperti plastik dan simen. Krisotil, krosidolit, amisit, antofilit bergantian, tremolit,dan aktinolit adalah beberapa jenis asbestos.Asbestos yang terdapat di pasaran berbntuk kepingan, benang, tenunan, dan kertas.

Asbestos digunakan sebagai bahan mentah untuk barangan keperluan pengguna seperti pelapik brek kenderaan, rod kimpalan, dan bahan penebat. Gentian yang panjang dijadikan yan dan ditenun menjadi kain. Pelapik brek, gasket, dan bahan penebat elektrik dan pakaian perlindungan adalah antara contoh kegunaan gentian yang panjang. Gentian yang sederhana panjangnya dan gentian yang pendek digunakan membuat atap asbestos, kepingan paip simen asbestos, bahan untuk siling, lantai dan sebagai perekat untuk bahan penebat haba yang lain. Industri pembinaan menggunakan hampir dua per tiga daripada pengeluaran asbstos dunia. Asbestos berupaya memberi daya ketahanan terhadap alam sekitar apabila dicampurkan ke dalam matriks simen atau plastik.

Gentian yang boleh dilihat dengan mata kasar sebenarnya tridiri daripada beribu ribu gentian yang lebih kecil yang dinamai fibril. Terdapat satu juta fibril bagi jarak sepanjang 25.4 mm atau satu inci. Fibril asbestos sangt halus dan tidak dapat dilihat menggunakan mikroskop yang biasa digunakan di makmal. Fibril ini hanya boleh dikesan menggunakan mikrokop elektron imbasan. Apabila debu asbestos terlepas ke udara, ia akan sentiasa terapung dan tidak akan jatuh ke bawah. Gentian pendek yang berukuran kurang daripada satu atau dua mikron dianggap kurang berbahaya. Gentian yang paling berbahaya adalah berukuran 5-100 mikron panjang dan diameter 1.5-2 mikron.

Asbestos masih banyak digunakan secara meluas kerana kekuatannya. Sehingga kini, belum ada satu bahanpun yang dapat menggantikan asbestos dari segi kekuatan, kos dan sifat semulajadinya yang lain.

Asbstos diperoleh dengan cara melombong secara terbuka atau melombong bawah tanah. Proses mengisar asbestos melibatkan pemisahan gantian gentian daripada batu batan dan pengelasan gentian berdasarkan panjangnya. Negara pengeluar utama asbestos ialah Kanada, Rusia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Brazil, Jepun, Australia, China dan Bolivia.

Asbetos sangat berbahaya kepada kesihatan jika disedut semasa bernafas. Debu daripada asbestos dikelaskan sebagai karsinogenik iaitu boleh membawa barah paru paru akibat debu yang disedut menjalar ke dalam paru paru. Ia juga boleh menyebabkan mesotelioma iaitu sejenis barah dalam selaput dada dan abdomen, barah pada slauran pernafasan di dalam paru paru, barah usus kecil, barah usus besar, dan juga barah rektum. Satu lagi jenis penyakit yng disebabkan oleh asbestos dikenali sebagai asbestosis. Asbestosis menyebabkan wujud lapisan di dalam saluran pernafasan yang akan mengurangkan keupayaan untuk bernafas. Paru paru akan menjadi keras dan berparut. Kesan lain ialah hujung jari yang membengkok, jantung membesar, dan kegagalan fungsi jantung.

Sehingga kini, masih tiada kaedah rawatan yang boleh mengubati penyakit yang disebabkan oleh asbestos. Kesan penyakit daripada asbestos tidak boleh dilihat dengan serta merta. Diagnosis hanya boleh dilihat dalam tempoh 15 tahun hingga 20 tahun untuk asbestosis, sehingga 40 ahun untuk barah paru paru, dan antara 10 tahun hingga 50 tahun untuk mesotelioma. Walaupun pesakit tidak lagi terdedah kepadanya secara berterusan, penyakit ini akan terus merebak malah memenuhi semua tisu di dalam paru paru pesakit.

Berikutan bahaya ancaman pendedahan asbestos kepada manusia, Mlaysia mempunyai peraturan bagi mengawal penggunaan dan pemprosesan asbestos. Peraturan ini adalah sebahagian daripada Akta Kilang dan Jentera 1967 ang menyediakan garis panduan cara mengendalikan garis panduan cara mengendalikan proses asbestos dan kaedah mematuhi peraturan ini. Peraturan proses asbestos mula berkuat kuasa pada 1 September 1986. Gentian asbestos bermaksud gentian yang panjangnya melebihi lima mikrometer dan kurang daripada tiga mikrometer lebar. Nisbah panjang kepada lebar mestilah tidk lebar mestilah tidak lebih daripada 3:1. Peraturan ini berkuatkuasa ke atas semua kilang pengguna asbestos tetapi tidak kepada operasi bangunan atau kerja kerja kejuruteraan binaan. Had Pendedahan Dibenarkan (PEL- Permissible Exposure Limit) untuk lapan jam bekerja adalah tidak melebihi satu gentian per mililiter udara.

Alat penyedut mesti disediakan dan beroperasi mengikut piawai yang telah ditetapkan. Alat pengumpul debu mesti berupaya mengelakkan sebarang debu asbestos terbebas ke udara. Majikan mestilah membekalkan pekerja dengan pakaian perlindungan dan alat perlindungan pernafasan yang sesuai. Kesemua alat, radas dan mesin mestilah bersih daripada sebarang debu asbestos yang mungkin terkumpul. Kerja pengendalian asbestos mestilah di dalam ruang ang tertutup. Majikan diwajibkan memberikan latihan dan maklumat kepada pekerja mengenai bahaya dan cara untuk mencegah asbestos dari terbebas ke udara. 

BIBLIOGRAFI Delaine, J., 1988. Asbestos: Removal, Management and Control. Aldershot, Eng: Gower Technical.  

Wednesday, 1 June 2022

Antopometri


ANTROPOMETRI
ungkap secara kuantitatif dimensi tubuh manusia. Antropometri berasal daripada perkataan Inggeris anthropometry yang (bermaksud manusia) dan metrikos (bermaksud pengukuran). Oleh itu, antopometri membawa maksud pengukuran saiz fizikal tubuh manusia.
Antropometri merupakan satu bidang ergonomik reka bentuk dengan data-data
berangka ukuran fizikal tubuh manusia yang diperlukan untuk mereka bentuk peralatan, stesen kerja dan sebagainya yang akan menjadi lebih mudah, cekap dan selamat digunakan oleh manusia. Selain itu, antropometri sangat berguna dalam banyak disiplin seperti pediatrik, orthopedik, latihan jasmani, keJuruteraan tubuh manusia, sains sukan dan sebagainya.
Antropometri kejuruteraan melibatkan penggunaan kaedah pengukuran fizikal saintifik tubuh manusia untuk digunakan dalam perkembangan piawai reka bentuk kejuruteraan kerana ukuran tubuh pengguna merupakan satu daripada faktor yang sangat penting dalam reka bentuk. Ia meliputi pengukuran statik dan berfungsi bagi ukuran fizikal tubuh. Ukuran tubuh statik (berstruktur) diambil daripada tubuh subjek dalam kedudukan tidak bergerak (statik) sementara ukuran tubuh berfungsi atau dinamik diambil danpada tubuh yang terlibat dengan pergerakan menurut kehendak tugas yang berkaitan.
Nilai purata bagi sesuatu kumpulan data boleh ditentukan dan diambil sebagai 'wakiľ kepada sekumpulan data tertentu. Dalam bidang ergonomik, 'orang purata' tidak wujud dan sebarang penggunaannya dalam reka bentuk merupakan satu kesilapan yang besar. Hakikatnya tiada seorang pun yang boleh dikira purata dalam semua aspek kecuall segelintir kecil orang sahaja yang mempunyai purata dalam beberapa aspek. Sebagai alternatif'orang purata', satu jadual data antropometrik diperkenalkan untuk maklumat ukuran tubuh manusła dalam Julat penggunaan yang luas, yang boleh memenuhi sekurang-kurangnya  pengguna walaupun terpaksa mengabałkan bilangan peraîus yang kecil.
Data antropometn biasanya ditunjukkan dalam "persentll" dengan memberikan ukuran i], ii, 95% il serta sisłhan pławai. Oleh sebab data antropometn bertabur secara normal, maka min adalah sama dengan il dan sisihan piawai merupakan darjah perubahan satu set nilai di sekitar min. Bagi ukuran 'kelegaan', 95% il boleh dłpakai manakala 5ąŕ il boleh digunakan untuk ukuran 'Jangkauan'. boleh digunakan untuk sebuah Pintu (1, 2 dan 3) untulț pengguna (A, B dan C). Manusia A, B dan C masing.mnsing mompunyai ketinggian 120 cm, 150 cm dan 180 cm. Ukuran puratn bagi ketigatiga orang tersebut ialah 150 cm. Reka bentuk Pintu I, 2 dan 3 pula mempunyai ketinggian masing-masing 120 cm, 150 cm dan 180 cm. I)engan ukuran tinggi Pintu 120 cm hanya manusia A boleh mcnggunakannya. Jika ukuran tinggi Pintu 150 cm, manusia A dan B sahaja boleh menggunakannya. Kelebihan Pintu C dengan ukuran 180 cm ialah kegemua orang A, B dan C boleh menggunakan Pintu tersebut. Oleh itu, ukuran tertinggi (C) membolehkan lebih ramai orang (biaganya 95%) menggunakan Pintu dengan ukuran tersebut.

 
Dalam penganggaran data antropometri, kriteria yang mesti dipertimbangkan ialah penentuan teknik mengukur dan piawaiannya supaya data-data daripada kumpulan yang berlainan dapat dibandingkan. Kurnpulan subjek dlkira sebagai wakil pada sekurnpulan pengguna. Pertirnbangan mengarnbil kira faktor geografi, status sosio-ekonomi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan dan sebagainya. Saiz bilangan subJek sepatutnya mencukupi untuk menghasilkan kebolehyakinan statistikal yang diperlukan dalam penggunaan data.
Data antropometri boleh dlkurnpul dengan mudah tetapi memerlukan kos yang tinggł dan masa yang Iarna kerana subJek yang ramai diperlukan. Sepatutnya data diambil daripada subjek yang t)dak berkasut dan udak berpakaian untuk mendapatkan ukuran yang tepat.
Ciri.ciri ukuran tubuh manusia membawa kesan kepada reka bentuk barangan keîuaran negara tersebuv Contohnya, kenderaan yang dlkeluarkan oleh pembuat kereta Volvo di negara Sweden, mernpuoyai ukuran yang besar sesuai untuk orang Sweden yang lebih besar ukurannya berbanding orang Malaysia.

Ramalan secara rawak mengandaikan bahawa orang yang mempunyai pendapatan tinggi dan gaya hidup yang mewah biasanya mempunyai ukuran tubuh yang besar tetapi kurang stamina berbanding orang yang berpendapatan rendah kerana perbezaan pemakanannya yang selalu berzat dan berlemak. Sebaliknya orang yang berpendapatan rendah mempunyai tubuh yang lebih kecil tetapi lebih berstamina. Walau bagaimanapun, hipotesis di atas perlu pengesahan kajian. Daripada pemerhatian juga, orang Jepun mempunyai ukuran yang kecil pada masa lampau. Namun, ukuran tubuh mereka sekarang jelas lebih besar jika dibandingkan dengan ukuran mereka dahulu. Kemungkinan pemakanan mereka telah berubah dan secara langsung memberi kesan kepada ukuran tubuh mereka amnya. Oleh sebab data antropometri tidak diwujudkan bagi orang Malaysia, perubahan dengan masa bagi ukuran tubuh penduduk tidak dapat dikesan sepenuhnya.
BIBLIOGRAFI Galer,1.A.R., 1987.ErgonomicHandbook. London: Taylor and Francis • McCormick, E. J. dan Sanders, M. S. , 1983. Human Factors in Engineering and Design. Edisi ke-5. New York: McGraw-Hill • Kroemer, K., Kroemer, ll., dan Kroemer-Elbert, K. , 1993. Ergonomics How to Design for Ease and Efficiency. Englewood Cliffs: Prentice-Halle
Mat Rebi Abdul Rani
 

 

Tuesday, 26 June 2018

Anemometer

Alat mengukur halaju angin dan kadar aliran udara atau sebarang gas. Kaedah operasi anemometer adalah berdasarkan prinsip mekanikal, haba, atau optik.

Berdasarkan prinsip mekanikal, gerakan udara akan menyebabkan sesuatu alat mekanikal seperti kincir angin berputar pada satu paksi. Dua jenis anemometer mekanikal yang lazim digunakan ialah anemometer cawan dan anomemeter ram. Anemometer cawan lazim digunakan untuk mengukur halaju angin mendatar dari sebarang arah. Terdapat tiga cawan hemisfera dipasang pada jejarian sepaksi dan disangga pada aci pugak. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan penjana elektrik jenis takometer. Aci pugak dilaraskan mengikut arah aliran udara dan bacaannya dipaparkan pada penunjuk elektrik.

Anemometer ram pula terdiri daripada beberapa ram, yang akan berputar apabila diletak menghadap angin. Ram yang berputar akan menggerakkan alat pembilang putaran manakala jam randik mencatat masa. Berdasarkan daripada jumlah bilangan putaran dan catatan masa yang diperoleh, kelajuan udara dapat ditentukan. Bagi memastikan pengukuran yang tepat, struktur alat diperbuat daripada bahan yang ringan supaya geseran dapat dikurangkan. Anemometer jenis ini banyak digunakan dalam sistem pemanasan, pengudaraan, penyaman udara, dan ekzos. Kini, terdapat juga anemometer ram berdigit.

Wednesday, 13 June 2018

Fluid Statics

In fluid statics, there is no relative motion between fluid particles, so there are no shear stresses present (a shear results from a velocity gradient). This does not mean that the fluid particles are not moving, but only that they are not moving relative to one another; if they are moving, as in a can of water rotating about its axis, they move as a solid body. The only stress involved in fluid statics is the normal stress, the pressure. It is the pressure acting over an area that gives rise to the forces in problems involving fluid statics. The three types of problems that are presented in this chapter are:
(1) fluids at rest, as in the design of a dam;
(2) fluids undergoing linear acceleration, as in a rocket; and
(3) fluids that are rotating about an axis.


Diffraction

Diffraction is the spreading of a beam of waves outside the boundaries set by straight line motion.

To extent to which diffraction occurs depends on the scale of the apparatus compared with the wavelengths involved. A typical Young's two-slits arrangement is about a meter long; about ten million times the wavelength of light. The slits themselves are about a thousand wavelengths across. Diffraction effects are observable on this scale, but only with care. The wavelengths of sound range from a few millimeters to a few meters. On a human scale of things diffraction of sound is very marked. The diffraction of sound through a doorway is more like the diffraction of light through a diffraction grating slit. The diffraction grating slit is typically thinner than the wavelength of light, diffraction is extreme the principle of superposition is needed to decide which directions of light will take.

Curiously, diffraction is not an issue with sound largely because its effect is so dominant; sound goes everywhere. With light, on the other hand, diffraction effects are barely noticeable but they impose a limit on the power of optical instruments to magnify without loss of detail. In optical instruments, diffraction is a vital consideration.

Tuesday, 12 June 2018

Ampudara

Daya tegak ke atas yang dikenakan oleh udara kepada sesuatu jasad yang berada di udara.Daya ini cuba mengampu atau menahan jasad tersebut daripada jatuh ke bumi. Keadaan jasad di dalam udara bergantung terus pada nilai daya ampu yang dikenakan oleh udara ke atasnya. Daya ampu ini dikenali sebagai ampudara. Jika ampudara ini lebih besar daripada berat jasad, tersebut akan terapung dan naik ke atas. Sebaliknya jika ampudara ini lebih kecil daripada berat jasad, maka jasad akan jatuh ke bumi. Seterusnya, jika ampudara sama besar nilainya dengan baerat jasad maka jasad tersebut akan terapung-apung di udara. Kadar naik atau turunnya jasad ke bumi bergantung pada besar kecilnya perbezaan ampudara dengan berat jasad tersebut. Jika perbezaanya besar, maka turun naiknya jasad akan laju dan keadaan sebaliknya berlaku jika perbezaanya kecil.

Ampudara ini telah banyak dieksploit dan dinikmati oleh manusia sejak zaman manusia cuba menakluki ruang udara sehingga kini. Antara penggunaanya ialah payung terjun, pelancur gantung, belon udara panas, pesawat layar dan kapal udara. Payung terjun akan turun perlahan-lahan ke bumi, peluncur udara dan pesawat layar pula akan berlegar ke udara dengan lebih lama sementara belon panas dan kapal udara berupaya naik dan terapung di udara serta turun ke bumi dengan mudah.Dalam perjalanan turun ke bumi, ampudara bertindak sebagai daya perintang atau brek yang dapat memperlahankan perjalanan tersebut.Ampudara ini juga bertindak sebagai daya penolak bagi menggerakkan jasad naik ke udara.

Nilai maksimum tekanan atmosfera ialah 1.01 X 10^5 N/m^2 iaitu pada aras laut dengan suhu 150C. Kuantiti sebesar ini adlah terlalu kecil untuk menghasilkan ampudara yang berkesan untuk mengapungkan atau menaikkan sesuatu jasad berat juga tidak mungkin dapat menghasilkan ampudara yang mampu bertindak sebagai brek yang berkesan bagi perjalanan jasad tersebut turun ke bumi. Nilai sebesar ini hanya mampu untuk mengapung atau memperlahankan perjalanan turun ke bumi bagi benda ringan seperti habuk, bulu ayam, dan kertas nipis. Untuk menghasilkan ampudara yang besar dan berkesan adalah dengan memperbesarkan luas satah-pelan jasad tersebut.

F = P X A

Science Physics Title 'S'

Superconductors are substances with resistance to current that falls effectively to zero a few degrees above absolute zero. Magnets powered by coils of superconducting materials are in widespread use already. Transmission of electric power by superconducting cable will await the development of materials that are modestly priced, available in bulk and retain their superconducting properties at temperatures higher than the boiling point of liquid air.

Superposition is the process by which two waves combine into wavefrom when they overlap.

Surface tension is the force of contraction within the surface of a liquid brought about by the imbalance of intermolecular forces on the surface molecules. The forces act in all directions parallel to the liquid surface.  The action of surface tension is particularly clear in the small, spherical drops of water that form on a greasy surface and in the perfect roundness of soap bubbles.
An important consequence of surface tension is the drop in pressure across concave surface into a liquid mass (meniscus). This drop in pressure is essential to the penetration of the soil by water (capillary action) and to the water pressure balance within plants, which is essential to transpiration. The modest increase in pressure when penetrating a convex surface accounts for the slightly higher pressure in bubbles, for the spherical shapes o water droplets and for the maximum height above a greasy surface to which a water droplet can grow. The rise of a liquid in a clean, uniform glass tube offers a method of measuring surface tension.

Systematic error: An inherent error in an instrument or in technique that cannot be reduced or eliminated by averaging the results of several measurements. Systematic error is guarded against by analysis and care. Examples include zero error, measuring the wrong distance for a pendulum length or a falling body, poor  instrument calibration and falling to correct for background radiation.   

Tafsir Surah Ali 'Imran [3]

    Surah Ali-’Imran [3]  Ali-’Imran [3:8] (8) رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِ...