Saturday, 23 December 2017

Jodohku di Syurga..

Hari ni merupakan hari yang bahagia bagi diriku dan aku bersyukur yang tak terhingga kehadrat ALLAH SWT kerana masih memberikanku peluang untuk aku bernafas dan yang paling penting untukku bertaubat kepadaNYA atas dosa2ku yang telah lalu, hari ini dan yang akan datang..

Sesungguhnya aku redha atas segala yang berlaku ke atas diriku pada suatu masa dahulu yang membuatkan aku lebih bertenaga untukku meningkatkan keImananku kepada ALLAH SWT. Kerana aku percaya, itu semua merupakan ujian kepadaku kerana ALLAH Taala tidak akan menguji Hambanya kerana dia mampu menghadapinya. Dan juga sudahkah aku mengucapkan keImanan jika tidak ALLAH menguji diriku dengan ujian untuk mengingatiNYA?. Sesungguhnya bukan semua yang kita suka itu baik untuk kita, dan bukan semua yang kita benci itu buruk untuk kita. ALLAH Taala lebih mengetahui segalanya.

Bercakap mengenai jodoh,, sesungguhnya aku serahkan jodoh pertemuanku dan ajal mautku kepada Kekuasaan ALLAH Yang Maha Esa. Aku tidak tahu sedikitpun tentang siapa yang akan menjadi zauj yang Soleh kepada diriku, ataupun jodohku sampai di Dunia mahupun Jodohku merupakan Maut yang menjemputku pergi dan hanya bertemu di Syurga kelak bersama2 orang yang aku Cintai di dunia ini..

Selamanya manusia ingin menginginkan kebahagiaan bersama orang2 yang dia Cintai termasuk pasangan hidup dan ibu bapa serta menginginkan sebuah keluarga bahagia sendiri bersama pasangan masing2 dan anak2 yang bakal dilahirkan ,zuriat penyambung kesinambungan jalinan kehidupan di Dunia dan di Akhirat iaitu anak2 yang Soleh dan Solehah dididik dengan didikan agama ISLAM yang sebenar2nya supaya semuanya dapat berlayar dalam bahtera kehidupan yang penuh onak dan duri.

Sesungguhnya pasangan yang Soleh dan Solehah itu adalah rezeki manakala anak2 yang bakal dilahirkan adalah Anugerah menjadi aset yang paling berharga yang tidak ternilai harganya di Dunia dan di Akhirat. Sehinggakan ada insan yang berpendapat dan berprinsip bahawasanya biarlah hilang atau perginya pasangan hidup, tetapi tidak kehilangan anak kerana anak itu adalah 'hidup'.

Begitulah perancangan hidup manusia, manusia hanya mampu merancang tetapi ALLAH Taala sahaja yang menentukan segalanya. Aku berdoa kepada ALLAH jika tidak ditemukan pasangan zauj aku di Dunia, maka pertemukanlah Jodohku di Syurga kelak. Sesungguhnya kehidupan di Syurga itu kekal abadi selamanya. AmeenyaALLAH..

Semoga kita bermuhasabah diri sebelum melayar bahtera malam ni.

Sekian..

Di kala malam kesunyian..

Bagi saya, waktu malam adalah waktu yang terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, pada saat ini otak terasa agak letih tetapi cerdas untuk mengarang sesuatu bahan.

Lihat sahaja research proposal yang saya perlu hantar kepada Profesor saya di USM untuk berdaftar sebagai pelajar Master di sana, semuanya dapat saya 'karang' pada waktu malam.

Ini kerana waktu malam merupakan waktu yang indah, diam dan tenteram, serta sejuk dan selesa untuk saya meluahkan idea yang tidak seberapa ini memandangkan pada waktu tengahari saya dah melakukan 'qailULLAH' iaitu tidur sebentar untuk mengecas diri saya bertenaga sampai ke malam
.
Saya berdoa agar ALLAH Taala sahaja yang merahmati hari2 saya setiap hari supaya saya boleh kembali kepadaNYA suatu hari nanti membawa hati yang 'muthmainnah' yakni hati yang tenang, dan mintak doa supaya saya dimatikan dalam keadaan husnul khatimah iaitu balasannya hanyalah Syurga ALLAH Taala yang mendapat kemenangan yang hakiki.. In shaa ALLAH, AmeenyaALLAH.

Sebelum saya melayar bahtera pada malam ini, malam hari Jumaat yang penuh Barokah, saya merasakan diri saya sangat bertuah dan beruntung kerana punyai hati yang tenang dan tenteram serta keluarga yang amat penyayang. Memahami diri saya dari segenap perkara dan saya amat mendoakan kebahagiaan dan ketenangan setiap dari mereka kerana kebaikan yang mereka berikan.

Pada waktu malamlah saya dapat muhasabah diri saya dan dapat merasakan ALLAH SWT amat dekat dengan diri pada kala saya berseorangan, padahal sebenarnya saya tidak pernah berseorangan.

Pada waktu inilah waktu yang terbaik untuk memohon keampunan dari ALLAH Taala atas segala dosa-dosa yang telah saya lakukan secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Jadikanlah taubat saya sebagai sesalan saya di dunia ini dan janganlah ENGKAU mengazab hamba dengan azab yang pedih di Akhirat kelak. Dan jadikanlah Taqwa di dalam diri hamba sebagai pelindung kepada hamba dari melakukan sebarang dosa lagi ya ALLAH.. AmeenyaALLAH ya Robbal alamin.

Saya rasakan setakat ini sahaja coretan cetusan saya yang tak seberapa ini. Semoga doa dan kalam saya ini menjadi sebuah catatan yang indah untuk dibaca sampailah hari saya dikembalikan kepada ALLAH Azza Wajalla.. AmeenyaALLAH..

Saya suka berdoa kerana Doa adalah senjata orang2 Mukmin. SubhanALLAH, AlhamduLILLAH, ALLAHu Akbar.

Akhir kalam, sama2lah kita berdoa supaya Palestin dibebaskan dan Baitulmaqdis kekal sebagai ibu negara Palestin.

Juga doakan saudara-saudara seISLAM kita di Rohingya supaya ALLAH Taala memberikan perlindungan kepada mereka terutamanya kepada wanita dan kanak- kanak yang tidak berdosa. Dengan kanak-kanak kita perlu berlemah lembut. Jangan garang2 atau berkasar.. pesan kepada diri sendiri..

Sekian, Siiru ala barakatILLAH..
Terima kasih

Buku apa yang Best?,, Jawapannya...

Buku itu gedung ilmu. Setiap buku memiliki genre yang tersendiri dan juga memiliki peminatnya yang tersendiri. Bergantung kepada siapa pembacanya..

dan bagi saya,, buku yang paling Best dan bermanfaat untuk dibaca dan apabila dibaca boleh dialunkan dan dilagukan bagi memberikan ketenangan kepada diri dan sekeliling tidak lain dan tidak bukan hanyalah kalam ALLAH Taala iaitu Al-Quranul Kareem.

Sesungguhnya Al-Quran itu memberikan saya dan orang yang mendengar, mengalunkan dan memahaminya menjadi lebih berinspirasi dan peningkatan ilmu itu ke arah yang lebih jitu dan bermatlamat ke arah mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. 

Malahan, membacanya dan memahaminya sudah cukup memberikan ganjaran pahala dan Rahmat yang berganda dari ALLAH Taala. Al-Quran itu sebagai penyembuh penyakit zahir dan batin seseorang insan itu bergantung kepada kebergantungan yang hakiki kepada mukjizat Agung itu demi untuk dirinya ke arah ketenangan diri dan keberkatan di Dunia dan di Akhirat.

Di dunia dia akan mendapat syurga Dunia iaitu hanyalah Ketenangan, malahan di Akhirat nanti ALLAH Taala akan gandakan Rahmat kepadanya kerana Al-Quran itu akan memberikan perlindungan kepada seseorang tersebut yang mengamalkan Al-Quran sepanjang hayatnya.

Itu tidak termasuk lagi kajian saintifik yang telah dikaji oleh para Saintis ISLAM bahawasanya setiap apa yang dialunkan ayat-ayat suci Al-Quran itu kepadanya, maka akan menjadikan molekul-molekul di dalamnya menjadi seperti permata-permata yang indah dan bersinar bak berlian yang sangat berharga. Contohnya, seperti ayat-ayat Al-Quran dialunkan di dalam air. Ini terbukti di dalam kajian para Saintis ISLAM bahawa Al-Quran itu mengecaskan cas-cas Positif ke dalam diri kita menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi dan kesempurnaan tercapai.

Lihat sahaja pada hari ini tanggal 21 Disember 2017 pada hari Khamis Malam Jumaat termeterainya sebuah penulisan yang berinspirasi dengan berbekalkan Al-Quran sebagai halwa telinga maka saya yang kerdil dan hina ini dapat menulis blog sendiri memulakannya dengan sempurna iaitu berkaitan tentang buku yang dibaca sepanjang zaman tanpa jemu iaitu sebuah Al-Quran Mukjizat nabi kita iaitu RASULULLAH SAW.

Sama-sama kita berselawat kepada RASULULLAH SAW memandangkan esok merupakan hari mulia ummat ISLAM iaitu hari Jumaat. Sekian.

P/s: Ini merupakan penulisan pertama saya, jadi segala kekurangan itu daripada kelemahan diri saya sendiri dan segala bentuk kebaikan penulisan itu hanyalah dari ALLAH SWT. Silalah komen demi pembaikan penulisan saya lepas ini. 

Sekian, terima kasih

Tafsir Al-Quran m/s 27

m/s 27 177. Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebjikan itu ialah berimannya seseor...