Bagi saya, waktu malam adalah waktu yang terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, pada saat ini otak terasa agak letih tetapi cerdas untuk mengarang sesuatu bahan.
Lihat sahaja research proposal yang saya perlu hantar kepada Profesor saya di USM untuk berdaftar sebagai pelajar Master di sana, semuanya dapat saya 'karang' pada waktu malam.
Ini kerana waktu malam merupakan waktu yang indah, diam dan tenteram, serta sejuk dan selesa untuk saya meluahkan idea yang tidak seberapa ini memandangkan pada waktu tengahari saya dah melakukan 'qailULLAH' iaitu tidur sebentar untuk mengecas diri saya bertenaga sampai ke malam
.
.
Saya berdoa agar ALLAH Taala sahaja yang merahmati hari2 saya setiap hari supaya saya boleh kembali kepadaNYA suatu hari nanti membawa hati yang 'muthmainnah' yakni hati yang tenang, dan mintak doa supaya saya dimatikan dalam keadaan husnul khatimah iaitu balasannya hanyalah Syurga ALLAH Taala yang mendapat kemenangan yang hakiki.. In shaa ALLAH, AmeenyaALLAH.
Sebelum saya melayar bahtera pada malam ini, malam hari Jumaat yang penuh Barokah, saya merasakan diri saya sangat bertuah dan beruntung kerana punyai hati yang tenang dan tenteram serta keluarga yang amat penyayang. Memahami diri saya dari segenap perkara dan saya amat mendoakan kebahagiaan dan ketenangan setiap dari mereka kerana kebaikan yang mereka berikan.
Pada waktu malamlah saya dapat muhasabah diri saya dan dapat merasakan ALLAH SWT amat dekat dengan diri pada kala saya berseorangan, padahal sebenarnya saya tidak pernah berseorangan.
Pada waktu inilah waktu yang terbaik untuk memohon keampunan dari ALLAH Taala atas segala dosa-dosa yang telah saya lakukan secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Jadikanlah taubat saya sebagai sesalan saya di dunia ini dan janganlah ENGKAU mengazab hamba dengan azab yang pedih di Akhirat kelak. Dan jadikanlah Taqwa di dalam diri hamba sebagai pelindung kepada hamba dari melakukan sebarang dosa lagi ya ALLAH.. AmeenyaALLAH ya Robbal alamin.
Saya rasakan setakat ini sahaja coretan cetusan saya yang tak seberapa ini. Semoga doa dan kalam saya ini menjadi sebuah catatan yang indah untuk dibaca sampailah hari saya dikembalikan kepada ALLAH Azza Wajalla.. AmeenyaALLAH..
Saya suka berdoa kerana Doa adalah senjata orang2 Mukmin. SubhanALLAH, AlhamduLILLAH, ALLAHu Akbar.
Akhir kalam, sama2lah kita berdoa supaya Palestin dibebaskan dan Baitulmaqdis kekal sebagai ibu negara Palestin.
Juga doakan saudara-saudara seISLAM kita di Rohingya supaya ALLAH Taala memberikan perlindungan kepada mereka terutamanya kepada wanita dan kanak- kanak yang tidak berdosa. Dengan kanak-kanak kita perlu berlemah lembut. Jangan garang2 atau berkasar.. pesan kepada diri sendiri..
Sekian, Siiru ala barakatILLAH..
Terima kasih
No comments:
Post a Comment