Saturday, 23 December 2017

Buku apa yang Best?,, Jawapannya...

Buku itu gedung ilmu. Setiap buku memiliki genre yang tersendiri dan juga memiliki peminatnya yang tersendiri. Bergantung kepada siapa pembacanya..

dan bagi saya,, buku yang paling Best dan bermanfaat untuk dibaca dan apabila dibaca boleh dialunkan dan dilagukan bagi memberikan ketenangan kepada diri dan sekeliling tidak lain dan tidak bukan hanyalah kalam ALLAH Taala iaitu Al-Quranul Kareem.

Sesungguhnya Al-Quran itu memberikan saya dan orang yang mendengar, mengalunkan dan memahaminya menjadi lebih berinspirasi dan peningkatan ilmu itu ke arah yang lebih jitu dan bermatlamat ke arah mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. 

Malahan, membacanya dan memahaminya sudah cukup memberikan ganjaran pahala dan Rahmat yang berganda dari ALLAH Taala. Al-Quran itu sebagai penyembuh penyakit zahir dan batin seseorang insan itu bergantung kepada kebergantungan yang hakiki kepada mukjizat Agung itu demi untuk dirinya ke arah ketenangan diri dan keberkatan di Dunia dan di Akhirat.

Di dunia dia akan mendapat syurga Dunia iaitu hanyalah Ketenangan, malahan di Akhirat nanti ALLAH Taala akan gandakan Rahmat kepadanya kerana Al-Quran itu akan memberikan perlindungan kepada seseorang tersebut yang mengamalkan Al-Quran sepanjang hayatnya.

Itu tidak termasuk lagi kajian saintifik yang telah dikaji oleh para Saintis ISLAM bahawasanya setiap apa yang dialunkan ayat-ayat suci Al-Quran itu kepadanya, maka akan menjadikan molekul-molekul di dalamnya menjadi seperti permata-permata yang indah dan bersinar bak berlian yang sangat berharga. Contohnya, seperti ayat-ayat Al-Quran dialunkan di dalam air. Ini terbukti di dalam kajian para Saintis ISLAM bahawa Al-Quran itu mengecaskan cas-cas Positif ke dalam diri kita menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi dan kesempurnaan tercapai.

Lihat sahaja pada hari ini tanggal 21 Disember 2017 pada hari Khamis Malam Jumaat termeterainya sebuah penulisan yang berinspirasi dengan berbekalkan Al-Quran sebagai halwa telinga maka saya yang kerdil dan hina ini dapat menulis blog sendiri memulakannya dengan sempurna iaitu berkaitan tentang buku yang dibaca sepanjang zaman tanpa jemu iaitu sebuah Al-Quran Mukjizat nabi kita iaitu RASULULLAH SAW.

Sama-sama kita berselawat kepada RASULULLAH SAW memandangkan esok merupakan hari mulia ummat ISLAM iaitu hari Jumaat. Sekian.

P/s: Ini merupakan penulisan pertama saya, jadi segala kekurangan itu daripada kelemahan diri saya sendiri dan segala bentuk kebaikan penulisan itu hanyalah dari ALLAH SWT. Silalah komen demi pembaikan penulisan saya lepas ini. 

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

Tafsir Al-Quran m/s 27

m/s 27 177. Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebjikan itu ialah berimannya seseor...