Bintang-bintang yang tercipta daripada gumpalan asap tebal seperti yang ALLAH sebutkan dalam surah Al-Fussilat ayat 11 yang bermaksud ,"Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi,'Datanglah kamu berdua dengan tunduk dan terpaksa.' Keduanya menjawab, "Kami datang dengan tunduk."
Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hidrogen dan helium. Selepas berlalu masa jutaan tahun (selepas Big Bang), gas-gas ini menjadi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Hal ini disebutkan di dalam The Vincidation of the Big Bang:Breakthroughs and Barriers (Parker, Barry R., Plenum Press, New York 1993).
Bintang-bintang adalah objek-objek besar di kosmos dan jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimasakti sahaja, jumlahnya adalah antara 200 hingga 400 bilion. CNN.com bertarikh 2 Julai 2003 melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (iaitu 7 diikuti dengan 22 kosong). Jumlah ini adalah berdasarkan kiraan yang dibuat oleh para pengkaji daripada Australian National University. Jumlah ini bermaksud, sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlag itu.
Di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Al-Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh, dalam surah Al-A'raaf ayat 54, ALLAH menyatakan, "DAN (ALLAH mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-NYA." Antara faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi penunjuk jalan terutamanya bagi para pengembara.
Berhubung dengan ini, dalam surah An-Nahl ayat 16, ALLAH Berfirman,"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk."
Dipetik dari buku Quran Saintifik karya Dr Danial Zainal Abidin m/s 64-66.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tafsir Al-Quran m/s 27
m/s 27 177. Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebjikan itu ialah berimannya seseor...
-
Tafsir muka surat 9 58. Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda ya...
-
Sejenis kenderaan darat yang menggunakan enjin pembakaran dalam, dan lazimnya mempunyai empat roda, serta digunakan untuk tujuan pengangkuta...
-
Sains penerbangan yang melibatkan segala bentuk jentera atau kenderaan yang terbang di ruang udara. Secara umumnya, aeronautik melibatkan ak...
No comments:
Post a Comment