Wednesday, 14 March 2018

Sains Membawa kepada IMAN

Sains, apabila dikaitkan dengan wahyu, boleh menyebabkan perubahan yang mengagumkan. Perubahan itu adalah meninggalkan kekufuran menuju keimanan. Salah seorang tokoh yang mendapat hidayah kesan daripada pengkajian sains dikaitkan dengan Al-Quran adalah Profesor Tejatat Tejasen. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang anatomi dan pernah menjadi dekan di Fakulti Perubatan di Universiti Chiang Mai, Thailand.

Di Konferensi Perubatan ke-8 yang diadakan pada tahun 19883 di Riyadh, Saudi Arabia, beliau pernah bangun berucap dan berkata "Tiga tahun yang lepas saya berminat dengan Al-Quran. Saya meyakini segala yang direkodkan dalam Al-Quran empat belas ratus tahun dahulu adalah benar kerana boleh dibuktikan secara saintifik. Oleh sebab RASULULLAH tidak tahu membaca dan menulis, beliau semestinya merupakan seorang utusan yang menyampaikan kebenaran daripada Tuhan Maha Pencipta. Sudah sampai masanya untuk saya berkata 'Laa ilaaha illALLAH, MUHAMMAD Rasulullah,"(Ucapan beliau dapat dilihat dalam rakaman video This is The Truth oleh Abdul Majid Al-Zindani. Transkrip dalam Bahasa Inggeris diterbitkan oleh Abdullah M. Al-Rehaili, This is The Truth, Muslim World League, Makkah Al-Mukarramah, 1995.)

Sains Al-Quran juga mengagumkan Dr Gary Miller. beliau adalah seorang pakar matematik di samping seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada tahun 1978, beliau dihadiahkan dengan sebuah Al_Quran terjemahan Bahsa Inggeris. Ilmu yang beliau peroleh daripada Al-Quran mengubah hidupnya kerana selepas itu beliau memeluk ISLAM. Melalui tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau berkata, "Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan ISLAM selepas mereka mengkaji Al-Quran adalah ia tidak seperti yang mereka jangkakan. Bagi mereka, Al-Quran adalah sebuah kitab tua yang datang daripada padang pasir arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Mereka menjangkakan isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. 

Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan kerana Al-Quran datang dari padang pasir, maka pasti banyak cerita mengenai padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari ia tidak seperti itu. Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah Al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini adalah satu konsep yang memerlukan bukti. Apabila seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya apabila disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu bagi membuktikan kebenaran.Seribu empat ratus sudah berlalu dan tidak ada sesiapa juga yang mampu membuktikan kepalsuan Al-Quran. Al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar."

Dipetik dari buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment

Tafsir Al-Quran m/s 27

m/s 27 177. Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebjikan itu ialah berimannya seseor...