Pendaratan sesebuah kapal terbang kebanyakannya menggunakan Peraturan Penerbangan Berpenglihatan (VFR-Visual Flight Rules), yang memerlukan juruterbang mempunyai jarak penglihatan sekurang-kurangnya lima kilometer ke hadapan pada ketinggian tidak kurang daripada 335 meter. Walau bagaimanapun, keperluan tersebut tidak dapat dipenuhi dalam keadaan ribut dan berkabus. Dalam keadaan begini, juruterbang akan menggunakan alat pendaratan untuk mendekat dan mendarat dengan selamat. Peraturan yang digunakan dalam keadaan ini ialah Peraturan Penerbangan Berinstrumen (IFS-Instrumen Flight Rules).
Sistem Pendaratan Berinstrumen (ILS) Sistem piawainya mula diperkenalkan pada tahun 1946 dalam bentuk alat yang dinamai American SCS 51. Sebelum tahun 1971 alat pendaratan dikategorikan sama ada mendekat sahaja (approach only), atau mendarat sahaja (landing only), dengan menggunakan teknologi keadaan pejal yang terbaru pada ketika itu, integriti alat telah ditingkatkan sehingga sesuai untuk dikategorikan bagi gabungan operasi mendekat dan mendarat.
Peralatan ILS boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut lokasi alat itu berada, iaitu peralatan di atas permukaan bumi dan peralatan di dalam kapal terbang. Peralatan di atas permukaan bumi terdiri daripada tiga alat yang berbeza iaitu, pemancar lokaliser, pemancar laluan gelongsor, dan suar penanda. Setiap alat ini dilengkapi dengan kemudahan kawalan dan pengawasan jarak jauh automatik.
Pemancar Lokaliser
No comments:
Post a Comment