Saturday, 28 April 2018
Pemancar Laluan Gelongsor
Alat pemancar gelombang radio UHF yang dapat memberi panduan arah dalam sudut mendesak iaitu sudut gelongsor kapal terbang mendekat dan mendarat. Ia terletak di sebuah landasan lebih kurang bersebelahan dengan titik pendaratan. Isyarat pembawa yang dipancarkan berfrekuensi 328.6 MHz dengan 333.0 MHz. Isyarat pembawa ini dimodulatkan dengan isyarat berfrekuensi 90 Hz hingga 150 Hz dengan isyarat pembawa bermodulasi 90 Hz mendominasi kawasan di sebalah atas garisan gelongsor, sementara 150 Hz mendominasi di sebelah bawah. Di atas garisan gelongsor, kedalaman modulasi adalah sama untuk kedua-duanya. Untuk menghasilkan corak pancaran isyarat yang dikehendaki, pemancar laluan gelongsor menggunakan antena yang direka khas seperti daripada jenis Rujukan Sifar, M-Array, dan Rujukan Jalur Sisi. Dengan menggunakan aerial tersebut, isyarat yang dipancarkan akan membentuk dan menakrifkan sudut gelongsor laluan mendekat dan mendarat. Biasanya sudut gelongsor ditetapkan antara 2.5 darjah dan 3.5 darjah di atas ufuk. Jarak panduan yang dapat diberikan oleh pemancar laluan gelongsor ialaha sehingga 10 batu nautika.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tafsir Al-Quran m/s 27
m/s 27 177. Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebjikan itu ialah berimannya seseor...
-
Tafsir muka surat 9 58. Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda ya...
-
Sejenis kenderaan darat yang menggunakan enjin pembakaran dalam, dan lazimnya mempunyai empat roda, serta digunakan untuk tujuan pengangkuta...
-
Sains penerbangan yang melibatkan segala bentuk jentera atau kenderaan yang terbang di ruang udara. Secara umumnya, aeronautik melibatkan ak...
No comments:
Post a Comment